Kata - Kata Aluan Dari Pengerusi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang sentiasa membantu yayasan kita sejak di awal penubuhannya. Kerjasama dan dedikasi anda sangat bermakna dalam mencapai visi dan misi yayasan.
Dalam tempoh yang mencabar ini, pasukan kami berkomitmen untuk terus menjalankan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat, terutama kepada golongan yang memerlukan. Yayasan Cinta Kasih percaya bahawa setiap usaha, sekecil mana pun, boleh memberi impak yang besar jika dilakukan dengan sepenuh hati. Saya juga ingin mengajak semua pihak untuk terus menyokong inisiatif kami, sama ada melalui sumbangan, penyertaan dalam program, atau berkongsi maklumat tentang aktiviti yayasan.
Dengan sokongan dan dokongan anda semua, saya yakin dan percaya bahawa kita dapat membentuk satu masyarakat yang gemilang dan sejahtera di masa hadapan. Maka, marilah bersama-sama kita berganding bahu, membina masa depan yang lebih cemerlang untuk semua rakyat Malaysia.
Terima kasih atas segala sumbangan dan sokongan anda.
Pengerusi